Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Kerajaan Negeri peruntuk RM2.01 juta baiki cerun Rumah Rakyat Panchor

LENGGENG: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperuntukan RM2.01 juta bagi kerja membaiki cerun runtuh di Rumah Rakyat Panchor.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong berkata, isu tersebut telah berlarutan selama lapan tahun.

“Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, kerja-kerja ini telah berjaya diselesaikan dan disiapkan pada 17 November tahun ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini berjalan dengan lancar.

“Semoga pembaikan ini dapat memastikan keselamatan para penduduk di Rumah Rakyat Panchor terutamanya dalam musim Monsun Timur Laut ini,” kata Teo.

Show More

Related Articles

Back to top button