Berita

Kerajaan Negeri Sembilan tawar diskaun cukai taksiran dan lesen hotel

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bersetuju meluluskan diskaun atau rebat cukai taksiran dan fi lesen bagi 177 segmen penginapan dan hotel di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukkan diskaun sebanyak 50 peratus diberikan bagi cukai taksiran penggal kedua tahun ini dan fi lesen hotel sebanyak 50 peratus untuk tahun depan.

“Pemberian diskaun ini melibatkan anggaran kehilangan hasil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berjumlah RM1,510,031.25 bagi hasil cukai taksiran dan RM127,515 bagi lesen hotel.

“Diskaun ini diberikan berikutan situasi sukar sektor pelancongan yang menghadapi cabaran besar ekoran kekurangan pelancong dan pengunjung ketika pendemik Covid-19,” katanya dalam sidang media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri berharap diskaun ini sedikit sebanyak mengurangkan kos pengoperasian pengiat industri pelancongan di Negeri Sembilan.

“Semua pengusaha segmen penginapan dan hotel yang telah membuat pembayaran cukai taksiran penggal kedua tahun ini sebelum 31 Ogos lalu akan menerima pelarasan diskaun bagi penggal pertama tahun depan.

“Mereka boleh merujuk PBT masing-masing bagi maklumat pelarasan ini,” ujarnya.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button