Berita

Kerajaan Negeri sumbang RM50 ribu kepada dua tokong Kuala Pilah

Tokong San Sheng Gong dan Si Thian Kong masing-masing terima RM20 ribu dan RM30 ribu

KUALA PILAH: Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Sembilan, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah menyumbang peruntukkan sebanyak RM50,000 kepada dua buah tokong di Kuala Pilah.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong dan Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar serta Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu telah menyerahkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada Tokong San Sheng Gong dan RM30,000 kepada Tokong Si Thian Kong.

“Tokong San Sheng Gong dan Taman Santai Cina Kuala Pilah merupakan tempat yang bersejarah di Negeri Sembilan dan setelah diteliti sejarah tokong dan taman tersebut, di dapati tokong dan taman ini mempunyai ceritanya tersendiri.

“Salah satu tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah untuk mempromosikan tempat pelancongan termasuk tokong-tokong Cina yang bersejarah untuk menarik lebih ramai pelancong untuk melancong di Negeri Sembilan,” kata Teo.

Teo berharap peruntukan tersebut dapat membantu ahli jawatankuasa memulihara tokong-tokong tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button