BeritaProgram

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan belanja RM29.4 juta tangani Covid-19

SEREMBAN: Sepanjang tahun 2021, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani pandemik Covid-19, terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menilai situasi semasa bagi menawarkan sebarang inisiatif mengikut keperluan.

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM29,401,352 setakat ini bagi menangani Covid-19 sepanjang tahun 2021.

“Sebanyak 11 inisiatif telah dan sedang dilaksanakan pada tahun ini.

“Insyah Allah, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa berusaha bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara sepanjang pelaksanaan PKP ini,” katanya.

11 inisiatif tersebut ialah:

Bantuan bakul makanan dan barangan keperluan asas – RM5 juta

Bantuan Kehilangan Pekerjaan (One-Off) untuk Ketua Isi Rumah (KIR) *(Tertakluk kepada Jabatan Tenaga Kerja) – RM3 juta

Bantuan Khas One-Off Peniaga/Penjaja Tanpa Premis – RM1.5 juta

Bantuan Pelbagai (Perkhidmatan Masyarakat) – RM8.12 juta

Bantuan kepada waris pesakit Covid-19 yang meninggal dunia – RM0.116 juta

Pengecualian sewa dan sewa beli Perumahan Awam Kerajaan Negeri Sembilan (3 bulan) – RM1.1 juta

Pengecualian sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Majlis Bandaraya Seremban (3 bulan) – RM0.2 juta

Pengecualian sewaan gerai Pihak Berkuasa Tempatan bulan Jun – RM0.5 juta

Pembelian bekalan oksigen untuk Hospital Covid-19 – RM0.5 juta

Pengoperasian/Pengurusan Pusat Kuarantin, Operasi Covid-19, Sekatan Jalan Raya, Pembelian PPE – RM5.365 juta

Perbelanjaan Kontigensi – RM4 juta

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button