Berita

Perbaiki kelemahan, kuatkan Wanita PH hadapi PRU-15

PORT DICKSON: Wanita Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan diminta memperbaiki segala kelemahan sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan haru menumpukan gerak kerja bagi memenangi PRU-15.

“Jangan lagi kita leka, masa tidak menunggu kita. Kita gerak menuju ke hadapan, sesekali menoleh memperbaiki segala kelemahan.

“Di pentas ini kita bersatu, berbincang dan bermuhasabah untuk merangka hala tuju perjuangan Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan bagaimana kita boleh bantu memperkuatkan jentera PRU-15,” kata beliau.

Nicole berkata demikian, di Konvensyen Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Lexis Hibiscus, Port Dickson pada Ahad.

Nicole berkata, senario Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRU sangat berbeza.

“Mungkin kekalahan yang dialami oleh kita bukan disebabkan kita lemah tetapi rakyat hanya mahu memberi peringatan kepada kita.

“Kita harus berwaspada, peka dan sentiasa bersiapsiaga .

Justeru itu, kita harus mengatur gerak kerja awal, mantap, dan yang lebih luar biasa supaya momentum sokongan dapat ditambah menjelang PRU-15,” ujar Nicole.

Menurut beliau lagi, Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan terus berjuang untuk membantu jentera kerajaan demi kesejahteraan rakyat melalui Pusat Khidmat Rakyat, MPKK, BAKRIYAH dan PH GEM yang merupakan salah satu inisiatif Pejabat Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan.

Nicole merupakan Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button