Berita

Kerajaan PN perlu tunjukkan kesungguhan politik dalam isu pemandu mabuk

Desak sidang parlimen diadakan segera

KENYATAAN MEDIA WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN DAP

KERAJAAN PN PERLU TUNJUKKAN KESUNGGUHAN POLITIK DALAM ISU PEMANDU MABUK

1. Kami merujuk kepada insiden pemandu mabuk yang menyebabkan kematian di Kuantan, seperti yang dilaporkan media pada 26 Mei 2020. Ini merupakan tragedi kedua yang berakhir dengan kematian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, selepas kes kematian Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail pada awal bulan ini.

2. Kerajaan Pakatan Harapan (PH), melalui mantan Menteri Pengangkutan Saudara Anthony Loke Siew Fook telahpun memaklumkan bahawa kerajaan pada ketika itu akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman keras ke atas pemandu di bawah pengaruh alkohol, di samping pindaan-pindaan lain termasuk menggantung lesen memandu seumur hidup. Malahan, rang undang-undang juga dijadualkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen tahun ini. Ini menunjukkan PH mempunyai kesungguhan politik untuk menangani isu ini.

3. Malangnya, kami tidak melihat kesungguhan politik yang sama daripada Kerajaan PN sekarang. Isu pemandu mabuk, yang dahulunya menjadi isu besar pembangkang BN dan PAS, kini seperti tidak lagi menjadi prioriti apabila mereka menjadi Kerajaan. Mereka sekadar menyebarkan soal selidik Kementerian Pengangkutan yang dijalankan secara atas talian, dan mencadangkan supaya suatu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan, walhal apa yang patut dilakukan adalah meminda undang-undang sedia ada.

4. Kami dengan ini menggesa supaya kerajaan PN menunjukkan kesungguhan politik mereka dalam isu ini dengan mengadakan sidang Parlimen dengan secepat mungkin supaya RUU pindaan ini dapat dibentangkan dan diluluskan.

27 Mei 2020
Ditandatangani oleh:

Thomas Su Keong Siong
Ahli Parlimen Kampar

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Alice Lau Kiong Yieng
Ahli Parlimen Lanang

Chan Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Wong Shu Qi
Ahli Parlimen Kluang

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen
Ahli Parlimen Bandar Kuching

Phoong Jin Zhe
Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan ADUN Luyang (Sabah)

J. Arul Kumar
Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri Sembilan dan ADUN Nilai (Negeri Sembilan)

Chiong Yoke Kong
ADUN Tanah Rata (Pahang)

Edry Faizal
ADUN Dusun Tua (Selangor)

Satees Muniandy
ADUN Bagan Dalam (Pulau Pinang)

Sheikh Umar Bagharib Bin Ali
ADUN Paloh (Johor)

Teh Swee Leong
ADUN Kota Darul Aman (Kedah)

Lim Yi Wei
ADUN Kg Tunku (Selangor)

Young Syefura Othman
ADUN Ketari (Pahang)

Daniel Gooi Zi Sen
ADUN Pengkalan Kota (Pulau Pinang)

Chris Lee Chun Kit
ADUN Pulau Tikus (Pulau Pinang)

Kerk Chee Yee
ADUN Ayer Keroh (Melaka)

Muhammad Shakir Ameer
Naib Ketua Pemuda DAP Kebangsaan

Syahredzan Johan
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri

Show More

Related Articles

Back to top button