Berita

Kerja menaik taraf Jalan Kampung Geddes telah siap – Rahman

SERTING: Jalan On Lock, di Kampung Ladang Geddes kini lebih selesa untuk laluan penduduk kampung apabila kerja-kerja menurap jalan raya telah siap hasil tindakan Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli.

“Bertahun-tahun lamanya Jalan On Lock tidak diselenggara dengan baik dan ini menyulitkan pengguna kenderaan di kampung ini.

“Saya berharap pengguna jalan raya di sini tidak membawa kenderaan dengan laju kerana ia boleh membahayakan penduduk,” ujar Abd Rahman.

Sementara itu, beberapa penduduk Kampung Ladang Geddes yang ditemui melahirkan rasa bersyukur di atas tindakan Abd Rahman kerana menyelesaikan segera masalah jalan raya di kampung ini.

Pengerusi MPKK Kampung Ladang Geddes, Encik Murugan Krishnan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Abd Rahman di atas keprihatinan kepada permasalahan masyarakat setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button