Berita

Pesta Ponggal erat perpaduan kaum

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menghadiri majlis Pesta Ponggal Seremban Garden.

Cha dalam ucapan ringkasnya berkata, beliau amat menyokong perpaduan berbilang kaum dalam pelaksanaan program.

“Saya juga menitik beratkan keperluan sekolah Tamil dan memberi peruntukan yang agak tinggi sepanjang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Rasah yang mentadbir urus lima DUN di bawah pentadbirannya.

“Saya berharap Pesta Ponggal yang dianjurkan ini tidak terhenti di sini sahaja tetapi akan terus dijalankan pada masa akan datang,” kata Cha.

Pesta Ponggal ini adalah anjuran Persatuan Tamil Negeri Sembilan dengan kerjasama penduduk Seremban Garden, Taman Yoon Fook, Taman Tan Chee Hoe, Taman Kian Kee Dan Taman Seremban Baru.

Cha turut menyumbang RM2,000 kepada penganjur Pesta Ponggal Seremban Garden.

Show More

Related Articles

Back to top button