Aktiviti

Kerja naik taraf jalan raya di Mantin dan Pajam selesai

NILAI: Kerja-kerja menaik taraf jalan raya di Mantin dan Pajam telah selesai, kata ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar.

“Kerja penurapan semula jalan raya dan pembaikan semua lampu jalan di jalan utama Bandar Universiti Teknologi Lagenda, Mantin dan jalan utama ke Flat Pajam serta Kawasan Perindustrian Ringan Pajam telah siap sepenuhnya.

“Sebelum ini terdapat pelbagai kerosakan jalan termasuk air bertakung di jalan raya dan lampu jalan tidak berfungsi.

“Dengan pelaksanaan kerja-kerja ini oleh Majlis Bandaraya Seremban, ia dapat menjamin keselamatan dan memberikan keselesaan kepada semua pengguna jalan raya,” ujar Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button