BeritaMenarik

Cari kaedah yakinkan rakyat ‘bersama’ Kerajaan Perpaduan

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa menyeru Wanita UMNO Bahagian Tampin mencari kaedah untuk meyakinkan rakyat menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Wanita Umno Tampin perlu memberi maklumat kepada rakyat khususnya golongan wanita tentang pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi mensejahterakan rakyat,” ujar Mohd Isam.

Dalam pada itu, Mohd Isam mengucapkan tahniah kepada Wanita Umno Tampin yang telah menganjurkan Hari Keluarga.

“Saya yakin program ini dapat mengeratkan lagi nilai persahabatan dan memupuk persefahaman di kalangan ahli jawatankuasa, di samping meraikan semangat wanita dalam gerak kerja politik yang tidak terhenti untuk pilihan raya sahaja,” kata beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button