Berita

Kes hakisan tanah dapat perhatian segera Musliadi

JERAM PADANG: Susulan aduan dari Pengerusi MPKK Kampung Felcra Rompin mengenai kes hakisan tanah berhampiran sebuah rumah yang menyebabkan keretakan kepada struktur rumah tersebut, Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah turun padang ke lokasi.

“Saya telah membuat aduan dan permohonan ke Pejabat Daerah Jempol dan hari ini saya bersama Penolong Jurutera Pejabat Daerah Jempol, Encik Mohammad dan pihak kontraktor telah melawat lokasi untuk membincangkan pembinaaan tembok batu sangkar.

“Pembinaan ini akan disegerakan dan perlu untuk mengelakan hakisan tanah dan mengelakkan risiko tanah runtuh dan keretakan yang lebih besar kepada struktur rumah ini.

“Semoga tuan rumah boleh menarik nafas lega dengan pembinaan tembok batu sangkar ini,” kata Musliadi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button