Berita

Kes pelajar keracunan makanan dapat perhatian Rafie

Keadaan terkawan dan kesihatan pelajar akan diberi perhatian terbaik

KLAWANG: Berikutan kes 207 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Klawang yang keracunan makanan, Exco Pendidikan Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek telah mengadakan satu lawatan ke maktab tersebut.

Turut bersama dalam lawatan ini adalah ADUN Klawang, YB Bakri Sawir; Exco Kesihatan, YB S.Veerapan dan Exco Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

Menurut Mohamad Rafie, lawatan ke MRSM Kuala Klawang mendapati seramai 207 pelajar dari keseluruhan 724 pelajar mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit birit dan loya.

“Empat pelajar telah dihantar ke Hospital Daerah Jelebu untuk pemerhatian, namun pelajar terbabit berada dalam keadaan stabil dan jika tiada tanda-tanda yang serius, kemungkinan akan dibenarkan keluar esok hari (hari ini).

“Secara umum, keadaan semua adalah terkawal dan pihak pentadbiran MRSM Kuala Klawang mengambil semua langkah untuk memastikan kesihatan pelajar diberi perhatian secara terbaik.

“Untuk langkah keselamatan, Dewan Selera MRSM Kuala Klawang disita dan ditutup selama dua minggu untuk membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu membuat analisa kajian kemungkinan punca berlakunya keracunan makanan ini.

Ini untuk memastikan permasalahan yang sama tidak berulang di masa akan datang,” jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berklata, untuk sementara waktu pembekal makanan yang diluluskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu akan membekalkan makanan kepada pelajar MRSM Kuala Klawang sehingga siasatan selesai.

“Setakat hari ini pembelajaran di bilik darjah termasuk peperiksaan IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) yang membabitkan 74 orang pelajar Tingkatan 4 berjalan seperti biasa.

“Setelah membuat penilaian di MRSM Kuala Klawang, saya menyeru ibubapa dan orang ramai tidak merasa bimbang kerana keadaan adalah terkawal dan pengurusan MRSM Kuala Klawang mengambil semua langkah untuk memastikan pelajar berada dalam keadaan sihat dan selamat,” ujar Mohamad Rafie yang juga ADUN Ampangan.

Show More

Related Articles

Back to top button