Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Keselamatan penduduk Taman Seremban Baru dapat perhatian Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi meninjau papan tanda jalan yang menghalang pemandangan kenderaan keluar masuk jalan utama di Taman Seremban Baru.

Gunasekaren berkata, halangan oleh papan tanda jalan tersebut boleh mengakibatkan kemalangan di kawasan itu.

“Saya dimaklumkan oleh wakil penduduk yang memohon supaya papan tanda jalan ini dipindahkan ke tempat lain bagi memudahkan pengguna jalan raya melihat kenderaan keluar masuk dari simpang.

“Saya akan membawa permasalahan ini ke Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan susulan,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button