Aktiviti

Kesempitan hidup Saudara Baru dapat perhatian Yus Mazmi

PERTANG: Menerima maklumat tentang kesempitan hidup seorang Saudara Baru, Muhamad Idris Abdullah, yang tinggal bersama ibu angkatnya yang sudah uzur di Simpang Pertang; Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof telah menziarahi dan menyantuni keluarga tersebut.

“Saya telah menyerahkan sumbangan barangan makanan asas di bawah inisiatif ERAT@N9 dan┬ásumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka berdua.

“Saya juga akan berusaha mendapatkan bantuan yang sepatutnya untuk mereka berdua memandangkan kecederaan pada pergelangan tangan kanan Idris agak serius dan tidak mengizinkan beliau untuk melakukan sebarang kerja buat sementara waktu.

“Sumbangan dari badan NGO dan perseorangan juga amat dialu-alukan,” kata Yus Mazmi.

Muhamad Idris mengalami cedera ketika menukar cermin tingkap yang pecah dan mencederakan pergelangan tangannya.

Turut hadir Pengerusi MPKK Simpang Pertang, Encik Siow Fook Fa.

Show More

Related Articles

Back to top button