Berita

Klawang: 13 pelajar IPT terima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa

KLAWANG: Seramai 13 pelajar Institut Pengajian Tinggi dari DUN Klawang telah menerima sumbangan cek Bantuan Sara Hidup Mahasiswa (BSH) dari ADUN Klawang, YB Bakri Sawir.

“Bantuan ini sepatutnya dibayar sebanyak 100.00 setiap bulan seorang; tetapi memandangkan permasalahan Covid-19, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memutuskan untuk menyerahkan bantuan ini sekali sahaja untuk tahun ini iaitu RM1,200 yang bersamaan dengan bantuan 12 bulan.

“Saya ingin menasihati pelajar agar menggunakan bantuan kewangan ini sebaik-baiknya untuk tujuan yang berfaedah.

“Tumpukan fokus pada pelajaran agar terus berjaya dengan cemerlang,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

Show More

Related Articles

Back to top button