Aktiviti

Klawang: 14 MPKK terima dana dari Bakri

KLAWANG: Sebanyak 14 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah menerima sumbangan dana dari ADUN Klawang, YB Bakri Sawir.

“Harapan saya agar semua MPKK menjalankan amanah yang telah diberi oleh pihak kerajaan dengan memastikan segala permasalahan rakyat disalurkan kepada pihak berkenaan.

“Tujuan MPKK adalah sebagai mata dan telinga kepada pihak kerajaan dan sentiasa membantu pentadbiran Kerajaan Negeri agar rakyat mendapat segala manfaat ke atas program yang dilaksanakan,” kata Bakri.

Majlis sumbangan dana ini berlangsung di Balai Raya Kampung Ulu Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button