Berita

Kos jajaran ECRL oleh Kerajaan Pakatan Harapan jimat RM21.5 bilion

Akan merancakkan ekonomi dan pembangunan di Nilai dan Jelebu

NILAI: Jajaran Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang diubah semasa Pakatan Harapan mentadbir Kerajaan Pusat bukan sahaja menguntungkan Negeri Sembilan, malah menjimatkan kos sebanyak RM21.5 bilion, kata ADUN Nilai, J.Arul Kumar

Arul Kumar yang juga Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata, jajaran baru tersebut memasuki Negeri Sembilan yang akan mewujudkan dua stesen ECRL di Jelebu dan Nilai.

“Stesen Nilai akan dibina di kawasan perindustrian Nilai berhampiran Arab Malaysian Industrial Park.

“Ia adalah stesen integrasi yang mana akan dibina secara bertingkat supaya dapat menghubungkan dengan stesen baharu KTM Komuter Nilai yang akan dibina sekali.

“Ia akan membantu merancakkan lagi ekonomi dan pembangunan di Negeri Sembilan, khususnya di Nilai dan Jelebu.

“Oleh itu, kita berharap Kerajaan Persekutuan tidak mengubah lagi jajaran baru ini, yang akan membawa banyak impak positif kepada ekonomi Negeri Sembilan,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, RM21.5 bilion merupakan jumlah penjimatan yang sangat besar; yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan, pendidikan atau kesihatan.

Show More

Related Articles

Back to top button