Berita

Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin dapat sambutan

SEREMBAN: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program tersebut menawarkan barangan keperluan dengan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah daripada pasaran.

“Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan yang diumumkan dalam Sidang DUN Ogos lalu.

“Program ini juga telah dijalankan secara serentak di lapan DUN.

“Insya Allah, program ini akan diteruskan di DUN lain pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Besarlah harapan saya agar program ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Negeri Sembilan tertutamanya ketika berdepan polemik kenaikan harga barangan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button