Berita

Kriteria dan Maklumat Pembukaan Rumah Ibadat Bukan Islam

Sumnangan kewangan kepada 13 Rumah Ibadat Bukan Islam bernilai RM116 ribu

Selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), banyak Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri Sembilan menghubungi beberapa agensi kerajaan dan bertanya berkaitan pembukaan Rumah Ibadat Bukan Islam.

Untuk makluman semua, antara kriteria yang utama dalam pembukaan Rumah Ibadat Bukan Islam adalah hanya dibenarkan di Zon Hijau sahaja dan tidak dibenarkan di Zon Kuning atau Zon Merah.

Jika dibenarkan oleh Kementerian Perpaduan ia perlu mengikuti beberapa syarat yang ditetapkan. Sehingga hari ini hanya tiga rumah Ibadat sahaja diberikan kebenaran untuk pembukaan di Negeri Sembilan.

Jawatankuasa Rumah Ibadat perlu mengemukakan permohonan melalui Persatuan Agama (parent body) kepada Kementerian Perpaduan Negara untuk mendapatkan kebenaran bagi pembukaan Rumah Ibadat Bukan Islam.

Oleh itu, satu mesyuarat penyelarasan berkaitan pembukaan Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri Sembilan akan diadakan pada minggu hadapan bersama dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan dan wakil Persatuan Agama.

Maka, saya berharap semua Jawatankuasa Pengurusan Tempat Ibadat Bukan Islam dapat memberikan kerjasama bagi memastikan pembukaan Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri Sembilan dapat dilaksanakan dengan baiknya.

Sementara itu saya juga telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 13 organisasi Rumah Ibadat Bukan Islam dan Organisasi Keagamaan bernilai RM116,000 melalui Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.

Arul Kumar A/L Jambunathan
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

 

Show More

Related Articles

Back to top button