Aktiviti

Kuarantin Covid-19: Enam keluarga DUN Serting dapat perhatian Rahman

SERTING: Enam keluarga dari Kampung Bayai Lama, Kampung Serting Tengah, dan Kampung Datuk Johan di DUN Serting yang dikuarantin akibat pandemik Covid-19, menerima sumbangan makanan asas dari Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

“Saya berkesempatan bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada enam keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19. Semoga ahli keluarga mereka cepat sembuh.

“Saya juga ingin menasihatkan warga DUN Serting kalau diarahkan dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sila hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Serting. Bantuan sewajarnya akan dihulurkan segera,” kata Abdul Rahman.

Turut bersama Ahli Majlis Perbandaran Jempol, Encik Abdul Mutalib dan Ketua AWAN Jempol, Puan Norzita.

Show More

Related Articles

Back to top button