Berita

Kuarantin Covid-19: Hubungi Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menasihatkan keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 dan memerlukan bantuan makanan, diminta hubungi pejabatnya melalui panggilan telefon atau aplikasi Whatsapp.

“Tengahari kelmarin, pejabat saya menerima mesej Whatsapp daripada sebuah keluarga yang dikuarantin Covid-19, sejak hampir seminggu di Taman Bahau.

“Saya terkejut kerana tidak menerima sebarang aduan berkenaan keluarga tersebut sebelum ini. Alhamdulillah saya telah pun menghulurkan sumbangan barangan makanan kepada keluarga tersebut.

“Sebuah lagi keluarga yang dikuarantin di Kampung Baru Rompin, turut menerima bantuan makanan dari saya,” kata Musliadi.

Musliadi berkata, sekiranya mana-mana pihak yang memerlukan sebarang bantuan dari segi makanan atau sebaliknya, boleh hubungi pejabatnya di talian 06-4576003 atau Whatsapp 017-624 3435.

Show More

Related Articles

Back to top button