Aktiviti

Kursus pemantapan MPKK perkasa hubungan dengan agensi kerajaan

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah merasmikan Kursus Pemantapan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Port Dickson bagi Penggal 2021/2022.

“Kursus ini diadakan bertujuan memperkasakan hubungan MPKK bersama agensi-agensi kerajaan.

“Di samping itu kita mahu MPKK proaktif membawa permasalahan masyarakat setempat kepada wakil rakyat dan agensi kerajaan untuk diambil tindakan segera,” ujar Ravi.

Turut hadir, Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad; ADUN Chuah, YB Michael Yek Diew Ching; Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Show More

Related Articles

Back to top button