Berita

LABU: 26 keluarga asnaf terima sumbangan kewangan dari Aminuddin

LABU: Seramai 26 keluarga asnaf dari DUN Labu terima sumbangan kewangan dari Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Masjid Bandar Enstek di sini.

Aminuddin menyampaikan sumbangan tersebut di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu. Turut hadir ADUN Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan.

“Saya ingin mengingatkan dan menyeru agar semua jemaah sentiasa mematuhi SOP ketika berada di dalam masjid.

“Ini bagi memastikan tiada kluster Covid-19 yang berpunca dari masjid dan surau akibat kecuaian mematuhi SOP yang telah digariskan.

“Saya mendoakan masjid dan surau bebas daripada virus Covid-19 dan semua jemaah dapat beribadah tanpa kekangan,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut beramah mesra dengan pengurusan masjid serta masyarakat setempat sebelum berbuka puasa.

Ismail mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan atas kesudian bersama-sama menyantuni masyarakat dan jemaah Masjid Bandar Enstek.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Bandar Enstek, YBhg Dato’ Ja’afar Mahad; Ahli Majlis MBS (Zon Labu), Encik Mohd Helimy Samat; Pegawai Pusat Khidmat DUN Labu, Encik Nazaruddin Sura dan Ustaz Fakruradzi.

Pengerusi MPKK Kampung Kubang, Ismail Mohd Aneepa; Pengerusi MPKK Kampung Lambar, Encik Khamis Musa; Pengerusi MPKK LB Johnson, Encik Abdul Jalal Ismail; Pengerusi MPKK Labu Hilir, Encik Mohamad Haji Hamdan

Pengerusi MPKK Kampung Batu 9 Labu, Encik Azuddin Zainudin; Pengerusi MPKK Batu 10, Encik Hamerudin Ghani dan Pengerusi MPKK Kilang Padi, Encik Mohamad Ibrahim.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button