Berita

LABU: Ismail lancar operasi sanitasi awam nyah kuman

LABU: ADUN Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad melancarkan operasi sanitasi awam nyah kuman Covid-19 di DUN Labu.

Ismail berkata, 19 kawasan perumahan dan perniagaan telah disanitasi setakat ini dan operasi sanitasi dijalankan oleh anak tempatan Labu iaitu ‘Skuad Team Nasi Arab’.

“Kerja sanitasi berskala besar ini melibatkan puluhan keluarga yang berada dalam tempoh kuarantin, ahli keluarga yang positif Covid-19 dan individu kontak rapat.

“Saya berharap penduduk DUN Labu terus berwaspada dengan penyebaran virus Covid-19 ini. Jagalah kebersihan dan patuhilah SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan melindungi kita semua daripada bahaya virus Covid-19,” ujarnya.

Ismail yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, mengucapkan terima kasih kepada ‘Skuad Team Nasi Arab’ serta semua Ahli Jawatankuasa MPKK dan penduduk setempat yang memberikan kerjasama bagi membantu melaksanakan kerja-kerja sanitasi ini.

Kawasan yang telah disanitasi setakat ini ialah Kampung Kondok, Taman Dato’ Shahardin, Labu Hilir, Kampung Bukit Buak, Kampung Pulau, Kampung Jerangkang Hilir, Kampung Jerangkang Darat, Kampung Tengah Batu 8, Kampung Pelegong, Kampung Kering, Kampung Tiroi, Kampung Seri Cina Batu 8, Pekan Batu 9 Labu, Kampung Lambar Dalam, Pekan Batu 10 Labu, Kampung Batu 10 Labu, Taman Labu Indah, Rumah Rakyat Kampung Kilang Padi, Kampung Lambar.

Ismail turut menyumbangkan bantuan makanan asas kepada keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di sekitar DUN Labu.

“Pejabat saya sentiasa mengemaskini dan mengumpul data jumlah keluarga yang dikuarantin untuk disalurkan bantuan sewajarnya.

“Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button