Berita

Ladang ayam diberi tempoh seminggu selenggara sistem kumbahan

GEMENCHEH: Sebuah ladang ternakan ayam di Kampung Batang Rotan diberi notis tujuh hari untuk menyelenggara dan menaik taraf sistem kumbahan.

Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir berkata, tindakan pengusaha ladang ternakan ayam ini melepaskan sisa kumbahan ke Sungai Air Salak menyebabkan air sungai tercemar.

“Susulan aduan daripada Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi; saya telah mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam ini pada hari Ahad.

“Air sungai ini di dapati hitam dan berbau busuk.

“Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah mengambil sampel air sungai yang akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisa,” kata Bakri.

Sementara itu Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Veerapan Superamaniam berkata, pengusaha ladang ternakan ayam ini seharusnya beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan oleh agensi dan jabatan kerajaan agar tidak menjejaskan mana-mana pihak di kemudian hari.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Pengarah Veterinar Negeri Sembilan, Dr.Redzuan Ibrahim; Pegawai Daerah Tampin, Puan Suhaiza Shahrudin dan Pengerusi MPKK Kampung Batang Rokan, Encik Malek Samsuddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button