Berita

Langkah proaktif tangani Kluster Pedas

Negeri Sembilan telah dikejutkan dengan peningkatan jumlah kes daripada Kluster Pedas yang diumumkan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia.

Untuk makluman, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Rembau telah mengambil langkah proaktif seawal kes pertama berlaku di mana:

a. 7 orang telah dihantar ke Pusat Kuarantin Akademi Audit Negara pada 14 April 2020

b. 42 orang telah dihantar ke Pusat Kuarantin UiTM Rembau :
i. 3 positif dan telah dihantar ke Hospital Rembau
ii. 2 telah discaj
iii. 37 lagi masih lagi dikuarantin (19 lelaki, 18 wanita)

c. 75 orang telah dihantar ke Pusat Kuarantin Institut Aminuddin Baki, Enstek pada 08 Mei 2020.

d. Sebanyak 2 buah rumah telah menjalani TEMCO (Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar) dengan kawalan keselamatan yang diperketatkan.

Notis penutupan telah dikeluarkan oleh pejabat kesihatan daerah Rembau dan kilang tersebut telah berhenti beroperasi bermula 07 Mei 2020.

Operasi lockdown telah dilakukan di asrama penginapan pekerja kilang kerabat yang terdiri dari warganegara asing bermula 7 Mei 2020.

Proses disinfeksi kilang tersebut juga telah dijalankan pada 8 Mei 2020 oleh anggota Bomba Daerah Rembau.

Insya-Allah semoga langkah-langkah ini dapat memutuskan rangkaian COVID-19 di kawasan tersebut.

Saya berharap agar masyarakat di Pedas tidak panik serta tidak mudah mempercayai khabar-khabar angin daripada sumber yang tidak disahkan.

“𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛. 𝗠𝗨𝗔𝗙𝗔𝗞𝗔𝗧. 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔.”

𝘿𝙖𝙩𝙤’ 𝙎𝙚𝙧𝙞 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘼𝙢𝙞𝙣𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙪𝙣
𝘔𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘉𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘮𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘳𝘶𝘭 𝘒𝘩𝘶𝘴𝘶𝘴
9 Mei 2020

Show More

Related Articles

Back to top button