Berita

Sambutan Hari Wanita pengiktirafan kepada golongan wanita

SEREMBAN: Sambutan Hari Wanita yang disambut setiap tahun adalah satu pengiktirafan kepada golongan wanita.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama, Aminuddin Harun berkata, tema sambutan pada tahun ini adalah Wanita Dijulang, Negara Gemilang.

“Tema tersebut dipilih untuk menunjukkan kepentingan mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan gender dalam semua peringkat sebagai usaha memartabatkan wanita.

“Dalam ayat pertama surah An-Nisa juga Ibnu Katsir menafsirkan bahawa kejadian Hawa daripada rusuk kiri Nabi Adam adalah sebagai gambaran wanita itu mempunyai kedudukan dan martabat yang tersendiri yang perlu dihormati.

“Mereka bukan sekadar menjadi peneman kepada kaum lelaki, tetapi mempunyai kelebihan dan kemampuan untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab yang diamanahkan Allah S.W.T.,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button