Berita
Lapan keluarga dikuarantin terima sumbangan makanan


SUNGAI LUI: Lapan keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 menerima sumbangan beg makanan daripada Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman.
“Saya mendoakan mereka yang dikuarantin ini agar sembuh dengan segera.
“Terima kasih kepada Setiausaha MPKK Felda Sungai Lui Barat, Encik Mohd Shaffie kerana membantu menyelaras agihan sumbangan beg makanan tersebut,” ujar Saiful Bahri.