Berita

Lapan lagi keluarga dikuarantin terima bantuan bakul makanan dari Rahman

SERTING: Berikutan kes Covid-19 yang naik secara mendadak, sebanyak lapan keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 menerima sumbangan makanan dari Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

Abdul Rahman berkata, setiap minggu ada sahaja kes keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 dilaporkan di DUN Serting.

“Terkini sebanyak lapan lagi keluarga dikuarantin akibat Covid-19.

“Saya tidak berlengah dan terus mengagihkan bantuan barangan keperluan dapur kepada lapan keluarga yang dikuarantin ini.

“Bantuan makanan dihantar dari rumah ke rumah dengan mematuhi SOP yang ketat,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, lapan keluarga yang dikuarantin ini dari Kampung Ladang Geddes, Kampung Dato Johan, Kampung Jawa, Taman Serting Utama, Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias.

Turut bersama Ahli Majlis Perbandaran Jempol, Encik Azrin dan Encik Rashid; Kampung Dato Johan serta Ketua Awan Jempol, Puan Norzita.

Show More

Related Articles

Back to top button