Berita

Lapan lagi keluarga yang dikuarantin dapat perhatian Rahman

SERTING: Lapan keluarga yang dikuarantin di Serting akibat Covid-19 telah menerima bantuan bakul makanan daripada Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli.

“Lapan keluarga ini membabitkan sebuah keluarga dari Taman Serting Utama, Kampung Baru Mahsan, Kampung Serting Tengah, Kampung Bukit Laka, Kampung Serting Ulu, Felda Serting Hilir 7 dan dua keluarga dari Taman Seri Serting.

“Saya ingin menasihatkan keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 dan memerlukan bantuan makanan, diminta hubungi pejabat saya (Pejabat Penyelaras DUN Serting) untuk mendapatkan bantuan segera.

“Semoga keluarga tersebut diberikan kesabaran dan kesembuhan dalam menghadapi pandemik yang semakin membimbangkan pada masa ini,” ujar Abd Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button