Aktiviti

Lapan MPKK DUN Jeram Padang terima mesin rumput

Dapat bantu aktiviti gotong royong MPKK

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyerahkan sumbangan mesin rumput dan pam penyembur racun rumpai kepada lapan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di dalam DUN Jeram Padang.

“Saya sering mendapat aduan dari MPKK yang kekurangan peralatan gotong royong.

“Justeru, sumbangan peralatan mesin rumput dan pam penyembur racun rumpai ini dapat membantu aktiviti gotong royong MPKK di dalam DUN Jeram Padang,” kata Musliadi.

Lapan MPKK yang menerima sumbangan mesrin rumput dan pam penyembur racun rumpai ialah Kampung Felcra Rompin,Kampung Baru Rompin, Kampung Seri Rompin, Felda Palong 2, Kampung Taman Jaya, Kampung Pekan Jelai, Kampung Tanah Panjis dan Kampung Bukit Pilah.

Show More

Related Articles

Back to top button