Aktiviti

Lapan MPKK DUN Repah terima penghargaan Veerapan

Veerapan menyumbang T-Shirt untuk semua AJK MPKK

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB S.Veerapan menyumbang T-Shirt kepada semua Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Repah sebagai penghargaan di atas komitmen MPKK yang sentiasa menyantuni penduduk setempat.

“Terdapat lapan MPKK  di bawah DUN Repah, di mana setiap satu MPKK menerima 13 helai baju untuk semua Ahli Jawatankuasa MPKK tersebut.

“Sumbangan T-Shirt ini adalah sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih kepada semua MPKK DUN Repah atas usaha mereka membangunkan kampung masing-masing dan menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat.

“Semoga penghargaan ini dapat memberi lebih semangat kepada semua MPKK DUN Repah dan turut berusaha untuk sentiasa berkhidmat demi kemajuan masyarakat sekampung,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button