Aktiviti

Latif agih 364kg daging kepada 182 asnaf Gemencheh

GEMENCHEH: Sebanyak 364 kilogram daging lembu diagihkan kepada 182 asnaf DUN Gemencheh oleh Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Saya telah menyerahkan daging lembu sejumlah 364kg kepada Pengerusi Masjid di DUN Gemencheh untuk diagihkan kepada sejumlah 182 asnaf.

“Terima Kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Aminuddin Harun di atas sumbangan yang penuh bermakna ini,” ujar Abd Latif.

Abd Latif berkata demikian selepas menghadiri Majlis Khatam Al Quran dan Agihan Daging Mantai Asnaf di Masjid As-Syakirin, Pekan Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button