Berita

Latif agih bakul makanan kepada 10 keluarga terputus bekalan makanan

GEMENCHEH: Sebanyak 10 keluarga yang terputus bekalan makanan dan terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, disantuni Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Kesemua 10 keluarga yang terkesan ini dari Kampung Parit Buluh.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga ini dalam situasi dikuarantin,” kata Abd Latif.

Abd Latif menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan, hanya keluar daripada rumah jika perlu dan elakkan berada di tempat yang sesak.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Parit Buluh, Encik Aziz dan Ahli Majlis Daerah Tampin, Encik S.Manimaran.

Show More

Related Articles

Back to top button