Aktiviti

Latif edar bunga ros sempena sambutan Hari Wanita

GEMENCHEH: Sebanyak 200 kuntum bunga ros telah diagihkan kepada golongan wanita sempena Sambutan Hari Wanita di sekitar Pekan Gemencheh.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, sambutan ini merupakan hari istimewa bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperolehi golongan wanita tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi dan politik.

“Semoga dengan edaran bunga ini, ianya dapat mengembirakan hati golongan wanita, di samping dapat beramah mesra dengan penduduk DUN Gemencheh,” katanya.

Turut serta dalam program ini ialah Ketua Amanah Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abdul Rahman dan kepimpinan MPKK DUN Gemencheh, Pemuda Amanah Tampin dan Awan Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button