Berita

Latif galak anak muda ceburi perniagaan dalam talian

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menggalakkan generasi muda menceburi perniagaan dalam talian (online business) sebagai salah satu alternatif untuk menjana pendapatan.

Human Resources Development Fund (HRDF) telah menganjurkan program Penjana HRDF Initiative di Pusat Latihan Polis Bantuan Felda, Felda Bukit Rokan di sini.

“Saya telah dijemput untuk merasmikan Majlis Peramian Penutup Kursus Marketing Digital di bawah Program Penjana HRDF Initiative.

“Kursus dari 24 hingga 28 Februari ini dihadiri oleh peserta dari seluruh Negeri Sembilan dan Melaka,” ujar Abd Latif.

Kursus yang berlangsung selama lima hari ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Fazli dan Encik Hadi Salleh dari HRDF.

Turut hadir bersama dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Felda, Tuan Mohd Rais bin Abdullah dan Pengerusi MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Manabub Muhamad.

Show More

Related Articles

Back to top button