Berita

Latif galak belia Gemencheh lanjutkan pelajaran di KAYNS

GEMENCHEH: Taklimat pengambilan pelajar ke Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) telah berlangsung di Balairaya Kampung Sungai Jernih dekat sini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai KAYNS, Encik Nasaruddin dan Encik Adiy Putra ini telah menerangkan kaedah pengambilan pelajar ke KAYNS.

“Yuran bagi pendaftaran ke KAYNS ini adalah sebanyak RM300.Bagi pengambilan bulan Mac ini, seramai lima pelajar yang terawal mendaftar ke KAYNS, yuran pendaftaran sebanyak RM300 akan ditanggung sepenuhnya oleh Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh.

“Untuk peringkat pertama, pendaftaran ini terbuka kepada belia dari kampung Kampung Sungai Jernih, Kampung Air Rawa dan Kampung Tengah.Namun, belia di DUN Gemencheh adalah digalakkan untuk memohon,” kata Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

Taklimat anjuran Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh ini turut mendapat kerjasama MPKK Kampung Sungai Jernih, MPKK Kampung Air Rawa dan MPKK Kampung Tengah.

KAYNS adalah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir dua buah institut kemahiran iaitu Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS) di Kuala Pilah dan Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan (IPPNS) di Seremban.

Bidang yang ditawarkan adalah automotif, elektrik, elektronik industri, pengurusan pejabat, rekaan fesyen, kulinari, pastri, pengurusan restoran dan kaunter hadapan.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button