Berita

Latif lancar Skuad Sanitasi DUN Gemencheh

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi melancarkan Skuad Sanitasi DUN Gemencheh malam tadi, yang akan menjalankan operasi sanitasi di kawasan penempatan di DUN Gemencheh.

“Matlamat penubuhan Skuad Sanitasi DUN Gemencheh ialah untuk menjalankan operasi sanitasi di 38 taman perumahan dan kawasan kampung di dalam DUN Gemencheh.

“Malam tadi kita telah menjalankan operasi sanitasi di Taman Semarak, Taman Melor, Taman Nuri Indah 1 & 2, Taman Sri Intan, Taman Gembira, Taman Seri Gemencheh, Taman Gemencheh Baru Taman Impian, Taman Dato Taha dan Taman Bukit.

“Operasi sanitasi ini akan dijalankan di kawasan perumahan dan perniagaan secara berperingkat-peringkat,” kata Abdul Latif.

Abdul Latif berkata, Skuad Sanitasi DUN Gemencheh mempunyai empat pasukan sukarelawan yang terdiri dari 20 ahli Pakatan Harapan Gemencheh dengan kekuatan dua buah lori (1 tan), tiga buah kenderaan pacuan empat roda dan peralatan sanitasi.

Show More

Related Articles

Back to top button