Berita

Latif: Rumah ‘Nenek Normah’ akan dibaik pulih segera

GEMENCHEH: Struktur rumah seorang warga emas di Kampung Air Rawa yang rosak teruk dimakan anai-anai, akan dibaik pulih dengan segera.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, lantai dan dinding papan rumah Nenek Normah Yaacob, 71, yang diperbuat dengan kayu dan papan perlu dibaiki dengan segera.

“Justeru, menggunakan peruntukan P56, saya akan melantik kontraktor untuk memulakan kerja-kerja baik pulih rumah beliau dengan segera.

“Saya juga menyumbang bakul makanan kepada Nenek Normah bagi meringankan beban kewangan beliau.

“Nenek Normah hidup sebatang kara di rumah beliau,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Air Rawa, Encik Rosli dan Pegawai Kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, Puan Sasriza.

Show More

Related Articles

Back to top button