Aktiviti

Latif santuni golongan kurang berkemampuan

GEMENCHEH: Program ‘Kasih Rakyat DUN Gemencheh’ anjuran Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, telah menyantuni pelbagai lapisan masyarakat baru-baru ini.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi melawat seorang warga emas, Puan Loo Piah di Kampung Baru Gedok. Loo memerlukan kerusi roda bagi memudahkan beliau bergerak.
“Loo sebelum ini telah mempunyai sebuah kerusi roda, tetapi telah uzur dan rosak. Saya telah menyampaikan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan beliau.

“Saya juga berkesempatan melawat seorang lagi warga emas, Encik Leli Yahya di kampung yang sama. Leli sebelum ini menjalankan perniagaan menjual nasi lemak secara kecil-kecilan di sekitar Gemencheh.

“Namun, atas faktor kesihatan, beliau sudah tidak mampu menjalankan perniagaan tersebut. Saya telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan makanan asas kepada Leli,” kata Abd Latif.

Sementara itu, di Balai Raya Kampung Gedok, Abd Latif telah menyerahkan bantuan makanan asas kepada 30 keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Gedok. Beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Masjid Kariah Kampung Gedok dan Surau Al-Hidayah Kampung Bukit Naning.

Show More

Related Articles

Back to top button