Berita

Latif santuni ibu tunggal dua anak, sumbang wang tunai

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah menyantuni seorang ibu tunggal, Puan Mona Liza Baharum, 41, di Felda Bukit Rokan.

“Puan Mona mempunyai dua orang anak dan mengalami alahan serta asma. Beliau mengambil upah dengan menjual keropok lekor dan sayur-sayuran tempatan di kawasan berhampiran.

“Saya menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur.

“Semoga sumbangan ini serba sedikit dapat menampung keperluan keluarga beliau,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Setiausaha MPKK Felda Bukit Rokan, Puan Anusia dan Bendahari MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Bala.

Show More

Related Articles

Back to top button