Aktiviti

Latif santuni mangsa kebakaran Felda Bukit Rokan Utara

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi menziarahi sebuah keluarga yang ditimpa bencana kebakaran pada 3 April lepas.

“Kebakaran yang berlaku di rumah Encik Mustapha Mohamed di Felda Bukit Rokan Utara ini menyebabkan keluarga ini hilang tempat berteduh di mana keseluruhan rumah tidak dapat diselamatkan.

“Saya menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa kebakaran tersebut. Semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit beban kewangan terutamanya menjelang bulan Ramadhan dan sambutan Aidil Fitri tiba tidak lama lagi,” kata Abdul Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Bukit Rokan Utara, Encik Mohd Zairi Yahya.

Show More

Related Articles

Back to top button