Berita

Latif santuni mangsa kebakaran Gemencheh

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A Tambi menziarahi keluarga Encik Rahim Muhamad Esop yang ditimpa bencana kebakaran pada awal pagi Rabu.

“Kebakaran yang berlaku di salah sebuah bilik tidur di rumah Encik Rahim di Taman Muhibbah ini masih dalam siasatan pihak bomba dan kerugian masih belum dikenal pasti.

“Saya menghulurkan sumbangan kewangan kepada Encik Rahim. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan beliau terutamanya dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini,” ujar Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Jelawai, Encik Abdul Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button