Aktiviti

Latif santuni pelajar Madrasah Tahfiz Wal Ulum Darul Yamani

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi bersama kepimpinan MPKK DUN Gemencheh berkesempatan menyantuni anak-anak Tahfiz dan para asatizah/guru-guru di Madrasah Tahfiz Wal Ulum Darul Yamani, Kampung Mantai dekat sini.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah Ketua Pemuda Amanah Tampin, Ketua Awan Amanah Tampin dan Ketua-Ketua Cawangan Amanah di Parlimen Tampin

Abd Latif berkata, pusat tahfiz ini mempunyai 48 orang pelajar, di mana empat orang daripadanya adalah anak-anak dari luar Malaysia iaitu Kemboja dan China.

“Berusia dalam lingkungan 10 tahun sehingga 22 tahun, anak-anak ini ditekankan dengan ilmu agama, antaranya kemudahan menghafaz Al-Quran dan ilmu turath yang lain.

“Saya berkesempatan mengagihkan sumbangan berupa makanan asas dan kewangan,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button