Aktiviti

Latif santuni penganut Kristian sempena Krismas

GEMENCHEH: Sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini, seramai 25 keluarga penganut Kristian dari DUN Gemencheh menerima sumbangan barangan keperluan dapur dari Penyelaras DUN Gemencheh.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, majlis penyerahan bantuan ini diadakan dengan skala sederhana dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Semoga sumbangan ini mampu meringankan beban 25 keluarga penerima yang bakal menyambut sambutan Krismas pada 25 Disember ini di kala pandemik Covid-19 masih menular di negara kita sekarang ini,” katanya.

Majlis berlangsung di Dewan Terbuka Taman Regent.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Mantai, Encik Elvin Bong dan Ketua Gereja Shalom, Encik Raman Kunjamboo.

Show More

Related Articles

Back to top button