Aktiviti

Latif santuni pesakit saraf kaki

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyantuni seorang pesakit saraf kaki, Encik Mohd Fazly Mohd Akherruddin, 41, di Taman Kasturi, Gemencheh.

“Beberapa bulan yang lalu saya telah menyerahkan sumbangan katil pelbagai fungsi kepada Mohd Fazly.

“Alhamdulillah saya dimaklumkan oleh beliau, katil pelbagai fungsi ini banyak membantu beliau dan ahli keluarganya untuk menguruskan rutin beliau.

“Keadaan kesihatan beliau juga lebih baik berbanding sebelum ini.

“Di kesempatan program ziarah ini, saya juga menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada ahli keluarga beliau, ujar Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button