Aktiviti

Latif santuni pesakit strok

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah menziarahi seorang pesakit strok, Puan Koh Kim Lian, 54, di Kampung Baru Air Kuning.

Abd Latif berkata, Puan Koh mengalami strok sebelah badan dan telah menjalani pembedahan di bahagian kepala dan sakit terlantar.

“Saya menyumbang barang keperluan dapur serta lampin pakai buang dan akan membantu beliau memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya juga berkesempatan menziarahi tiga waris yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga akibat sakit tua dan kemalangan jalan raya.

“Saya menghulurkan sumbangan kewangan kepada waris,” katanya.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning, Encik Ah Sang; Pengerusi MPKK Kampung Air Kuning Selatan, Encik Ismail dan Pengerusi MPKK Felda Bukit Jalor, Encik Daud.

Show More

Related Articles

Back to top button