Berita

Latif santuni petugas PPV Felda Bukit Jalor

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Felda Bukit Jalor.

Abd Latif berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau operasi suntikan vaksin dan melihat sebarang keperluan tambahan bagi melancarkan proses vaksinasi di PPV tersebut.

“Saya menyumbang empat kotak air mineral dan pek makanan tengahari kepada petugas di PPV ini.

“PPV ini dibuka selama tiga hari (hari bekerja) dengan sasaran vaksinasi seramai 607 orang penduduk tempatan,” ujar Abd Latif.

Turut serta dalam lawatan ini, Pengerusi MPKK Felda Bukit Jalor Encik Daud dan Setiausahanya Encik Halim.

Sementara itu, Abd Latif turut berkesempatan menziarahi Puan Mazdiah Abu Bakar, 42, dari Kampung Sungai Dua yang baru sahaja menjalani pembedahan kanser payu dara dan sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Melaka.

“Saya hulur sumbangan wang tunai kepada Puan Mazdiah bagi menampung kos perjalanan bagi rawatan susulan ke Hospital Melaka,” kata Abd Latif.

Turut hadir Pengerusi MPKK Sungai Dua, Encik Mad Zan.

Show More

Related Articles

Back to top button