Berita

Latif sasar 80 peratus imuniti kelompok di Gemencheh

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi mensasarkan 80 peratus penduduk Gemencheh mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dalam masa terdekat.

Abd Latif berkata, pejabatnya dengan kerjasama MPKK telah menggerakkan kempen pendaftaran vaksinasi khususnya mensasarkan golongan warga emas dan mereka yang tidak mempunyai akses kepada aplikasi MySejahtera.

“Justeru, dalam tempoh dua bulan ini, lebih 2,000 penduduk Gemencheh telah didaftarkan untuk menerima vaksin.

“Kempen Vaksinasi ini mendapat sambutan yang baik dari warga Gemencheh dengan harapan 80 peratus imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera, agar masyarakat dapat menjalankan kehidupan seperti biasa,” kata Abd Latif.

Abd Latif berkata demikian selepas menyerahkan 566 borang permohonan vaksinasi kepada wakil Pejabat Kesihatan Daerah tampin, Encik Ayan Arjunan.

Show More

Related Articles

Back to top button