Berita

Latif sumbang kerusi roda kepada warga emas

GEMENCHEH: Seorang warga emas yang uzur, Puan Kamariah Ramlah Arshad, 85, menerima sumbangan kerusi roda dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Puan Kamariah Ramlah dari Kampung Sungai Jernih mengalami sakit kaki dan tidak mampu untuk berdiri akibat sakit tua.

“Diharapkan sumbangan kerusi roda ini membantu pergerakan beliau,” kata Abd Latif.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Sungai Jernih, Encik Bakar dan Setiausahanya, Cik Nurul Ain.

Show More

Related Articles

Back to top button